'Rumors' mengatakan minyak akan naik pada malam ini, 12.00 am - 15 Julai 2010...'actually' aku baru je habis 'drive' balik putrajaya dengan Kak Anna. Masa nak 'park' kereta, ternampak la sorang jiran yang sedang membelek-belek kereta (walaupun malam dah buta) di lot parking kat rumah tu....dengan mesranya ak menyapa,
" Pakcik buat ape malam2 tu, kete rosak ke?, sibuk nye ak tanye, bukan pandai repair pun, adik aku pandai ler repair!
"Tak la, tengah kemas-kemas kereta." jawabnya. (Malam-malam ni kemas kereta boleh nampak ape je?)
"Tau tak minyak nak naik malam ni?"
"Hah? Yeke? Tatau la saya pakcik, tak tngok tb (T.V.) lak td...ni bru balik ni."
"Ye, nak naik 5 sen, pakcik baru je balik isi ni, pergilah cepat, tak ramai lagi time ni (actually time tu da jam 11pm lebih)"
"Oo, ye ke pakcik, takpe, nanti saya naik dulu. Kejap lagi saya pergi isi kot."
...ADOI...minyak naik lagi!! penggunaan kereta untuk rutin seharian dari pagi sampai malam aku yang sangat kerap semakin mengeringkan poket ini...dan secara otomatiknya menambahkan pemberat untuk aku menunggu 'offer' emakku untuk bertanya, "Minyak ada lagi tak tu?"..hehehe..
Sudah la baru je (gatal-gatal) tukar minyak dari RON95 ke RON 97...orang mungkin kata RON97 mahal, tapi, setakat penggunaan aku yang menghampiri sebulan (secara konsisten), aku dapati performance kereta lebih bagus dan penggunaan minyak adalah lebih menjimatkan. Kadar isian semula petrol adalah lebih berkurangan kekerapannya dan macam terasa jimatlah!!! (secara peribadi OK).
Aku tak la berapa pandai nak komen pasal perkara ini....pasal RON-RON ni lagi la tak tau...yang mungkin aku tahu, makin tinggi nilai RON (oktane-graduate kimia dan hustler kimia mesti tau nih!) tersebut dalam bahan api, makin elok dan lengkap pembakaran bahan api yang berlaku dalam enjin.. (tolong betulkan jika salah).
Alkisahnye, lepas naik rumah dan lepak2 kejap, aku decide untuk isi minyak la, walaupun baru je luak satu kotak. Dalam perjalanan keluar rumah, tunggu lif, turun bawah dan berjalan ke kereta, sempatlah aku 'text' beberapa member2 yang rase macam perlu diberitau malam2 tu...send to many lagi, tapi leceh kene tekan satu-satu (makumla, hset cokia)...ramai yang respon biase2 je...(macam tak heran je)...takpe la kot, mungkin dorang da biasa dengar atau tak percaya tentang berita tu (tak tgok tv kot) atau korang memang mampu punyerrr...
Tapi, bila sampai petrol station, tak la ramai ade pun, macam biase je...cume lebih ramai daripada biasa la untuk waktu malam tersebut...mungkin orang
sekian.