Monday, July 20, 2009

APM di Jakarta

dalam kekalutan Indonesia menghadapi masalah pengeboman di Jakarta, satu majlis yang agak besar juga berlaku di sana iaitu Anugerah Planet Muzik 2009 yang memberi pengiktirafan kepada pengkarya-pengkarya seni 3 negara Nusantara terbesar, Malaysia-Indonesia-Singapura.

pagi-pagi buta tadi, sempatla melihat siaran ulangan di Ria, jika dilihat, kemeriahan majlis di Jakarta ini lebih meriah jika dibandingkan dengan majlis yang pernah dilangsungkan di Malaysia dan Singapura sebelum ini.

tahniah kepada Production team APM Jakarta!!!

tahniah juga kepada para pemenang dari Malaysia antaranya seperti Datuk Siti Nurhaliza, Aizat Amdan dan Ayu OIAM, teruskan perjuangan kalian.

enjoy tengok APM kali ni sebab pentas yang spesel, maskot2 alien yang cantik dan lain-lain yang cambest.

p/s: cuba perhatikan, disebabkan APM kali ni dilangsungkan dari Indonesia, bahasa pengantara yang digunakan juga adalah Bahasa Indonesia!, termasuk skrip2 yang dibaca oleh artis2 luar Indonesia!

Inilah cara artis mereka mengagungkan bahasa ibunda mereka secara tidak langsung, walaupun bukan acara yang rasmi dan berprotokol. artis Malaysia nak buat macam tu?-sebutan pun tak berapa nak betul(sesetengahnya).

Tahniah juga diucapkan.

(bukan nak mengutuk, sekadar berdasarkan pemerhatian sebelumnya)

0 pendapat korang: