kita juga telah dihidangkan berita berkenaan ada pemimpin yang berselisih kerana berbeza pendapat dalam suatu isu berkenaan pembentukan kerajaan majmuk dan musyarakah.
harus dipercayai bahawa perselisihan ini adalah seperti situasi 'apabila pelajar berdebat dengan gurunya mengenai sesuatu perkara',dimana perkara yang dibincangkan adalah perkara yang mendatangkan faedah dan kebaikan kepada keduanya.
boleh dipercayai juga,pemimpin2 ini juga risau tentang anak-anak buahnya yang telah sedikit demi sedikit memalingkan kesetiaan dan penghormatan mereka kepada seseorang yang lain,yang berada di luar kelompok mereka-malah menyanjung dan menyokong apa sahaja perjuangan seseorang itu tanpa memikrkan impak kepada masyarakat umum dan masyarakat mereka sendiri nanti.
dengarnya, pada pemilihan pemimpin peringkat akar umbi, telah menunjukkan pola sokongan yang berbeza kepada pemimpin2 tersebut,secara langsung menyebabkan mereka 'tak dapat duduk diam' atas kerusi panas mereka.
'seseorang yang seorang' itu pula agendanya memang untuk menghidupkan suasana perpecahan dikalangan masyarakat kini..hanya Allah SWT yang tahu ape yang terbuku dihati 'seseorang yang seorang' itu
tidak pasti konsep 'majmuk' dan'musyarakah' itu nanti akan dipraktikkan pada aspek apa nanti.
sama-samalah kite melihatnya.
'bukan membenci,tapi alergi'
syafiqmansor.wordpress.com
0 pendapat korang:
Post a Comment