ah-ha,
gajet-gajet ini memang tidak asing bagi kita lebih-lebih lagi yang memang 'kaki gajet' elektronik.
kita sedia maklum bahawa speaker memang sesuai dimanipulasi atau di'tune' oleh amplifier untuk memberikan kesan yang baik atau sebaliknya.tanpa amplifier,apalah gunanya sang speaker.
speaker memang serasi dengan amplifier.tanpa kombinasi amplifier, speaker akan menjadi tidak berguna.
sekiranya bunyi yang dikeluarkan speaker lain macam,bukan la speaker yang di'adjust', tetapi amplifier yang di'adjust' untuk mendapat bunyi yang memuaskan telinga. oleh itu,si amplifier yang harus dipersalahkan.
dalam kes ini,sang speaker mendapat tenaga yang kuat dek amplifier yang 'menggendang-gendang' speaker untuk berbunyi dengan lunaknya di'telinga' amplifier,bukan lah 'telinga' pendengar.
amat memalukan jika speaker tidak dapat beraksi dengan gah, selari dengan bentuk dan karisma sepaker itu.
peranan amplifier juga penting.tapi untuk kepentingan semua pendengar,bukan untuk kepentingan sang speaker dan amplifier sahaja.
mungkin tidak ramai yang paham tentang situasi sang speaker dan sang amplifier ini.yang mana boleh paham,teruskan membaca.tiada lebihan emosi,kata-kata kotor atau kata-kata 'offensive' untuk dipersembahkan.yang tidak paham, banyakan membaca dan mengambil tahu sedikit sebanyak keadan semasa (saya bukan lah seorang yang sedikit bagus atau sangat bagu,cuma sedikit mengetahui dan ingin terus mengetahui)
'bukan membenci, tapi alergi'
syafiqmansor.wordpress.com
0 pendapat korang:
Post a Comment