Thursday, April 30, 2009

kabinet bayangan

sebuah barisan kabinet bayangan (bayangan rakyat ke bayangan kroni) telah diperkenalkan oleh pemimpin salah sebuah parti Politik Malaysia.

mereka (yang kononnye memperjuangkan rakyat) pernah menyatakan bahawa kaum Dayak tidak akan disisihkan daripada kabinet mereka.

yang tertera adalah 2 calon sahaja daripada kaum Dayak, berbanding 5 calon yang telah dilantik oleh pemimpin lain untuk mengganggotai kabinet yang diperkenalkan.

harus untuk rakyat Sarawak (sebahagian besar kaum tersebut berada ni negeri ini) khususnya menjauhi untuk menyokong mereka yang ternyata masih 'cakap tak surupa bikin' lorr.

itupun, 2 wakil kaum yang dilantik itu sudah di 'identity-denial' kan oleh parti itu yang telah silap mengeja nama salah seorang drpd wakil itu dalam penerbitan online mereka...walaupun ada segelintir yang mengatakan perkara ini adalah remeh-temeh,identiti tetap identiti.

malah ketika kempen PRK di Batang Air, ade pemimpin yang telah dihalang/dihalau keluar oleh penduduk di salah sebuah penempatan dek kerana perangai yang sangat 'senonoh' itu.

wajib kita ketahui bahawa kesalahan ini adalah seperti biasa yang dilakukan oleh mereka dalam penerbitan 'blog' atau media internet lain yang sikit-sikit/jarang-jarang/kadang-kadang/selalu (sila potong yang tidak berkenaan) mereka lakukan dengan menghidangkan berita yang tidak sahih sumbernya dan palsu yang akhirnya diterima bulat2 dan disanjung oleh penyokong kuat mereka.

bak kate orang "kalo dah suke tu, suruhlah buat apa sahaja,pasti akan dituruti dan sanggup di'boneka'kan oleh pihak tertentu.

 

'bukan membenci,tetapi alergi'

syafiqmansor.wordpress.com

0 pendapat korang: