Thursday, April 30, 2009

ape motif pelantikan itu???

beberapa hari lalu, PM Najib telah melantik beberapa orang pemimpin UMNO Malaysia unuk menganggotai Majlis Tertinggi UMNO.

beberapa yang tidak bertanding dan bertanding tapi kalah telah dilantik semula ke MT.

kepada yang menang bertanding, tahniah diucapkan.

kepada yang kalah, diharap dapat terus memperjuangkan perjuangan parti yang secara tidak langsung dapat mengubah 'susur galur' politik Malaysia. kedudukan dan jawatan bukanlah penentu untuk memastikan kita boleh melakukan kerja dan tanggungjawab dengan baik atau tidak.

saya sungguh tertarik dengan pelantikan salah seorang pemimpin yang telah kalah ke jawatan MT.sebelum pertandingan mac lalu, hak2 politik lawannya telah dipermainkan dan dihebahkan olehnya agar lawannya tidak dilantik ke jawatan itu, dengan alasan, tanpa kedudukan - apa yang boleh lawannya buat untuk pemantapan parti.

sesudah bertanding dan kalah, terus mematikan diri dari pandangan orang dan media, juga dengan memberikan alasan yang sama dengan "saya telah tiada jawatan,jadi tiada gunanya saya disini"

setelah dilantik ke MT, boleh pula berkata "inilah peluang saya untuk memantapkan parti selepas dikalahkan oleh lawan saya".

kepada beliau, kalah bertanding bukanlah bermakna secara automatik beliau juga telah dipecat daripada menjadi ahli;secara langsung melepaskan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul bersama kepimpinan baru.sebetulnya bersama-sama bekerja untuk masa depan parti dan negara dlam menempuh politik yang kian mencabar ini.

apabila sudah mendapat jawatan,bagai ayam naik pagar untuk berkokok dihening pagi.

boleh dikatakan mungkin ada [agen penaik]da tersendiri atau janji-j[kanjimanis |sila eja yang di'bold'kan| untuk membuat 'sebuah kek yang enak nanti.

 

 

'bukan membenci,tapi alergi'

syafiqmansor.wordpress.com

0 pendapat korang: