awal pagi tadi kita dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku di salah satu kawasan elit di bandaraya.
kejadian itu amatlah mengejutkan dan menyayat hati, seperti yang telah berlaku pada kejadian Highland Towers beberapa tahun lalu,di kawasan yang berhampiran.
terdapat beberapa mangsa terbunuh akibat bencana alam sekitar itu,beberapa lagi masih belum dijumpai dan beberapa lagi cedera dan dirawat.
syukur, kerana kejadian tersebut belum melibatkan jumlah penghuni yang sangat ramai (walaupun jumlah yang berjaga-jaga agak ramai dan telah dipindahkan ke tempat selamat).
sama-sama kita mendoakan agar tidak berlaku kejadian yang lebih buruk lagi nanti.
gambar-gambar tempat kejadian (dipetik drpada utusan online)
[gallery]
3 pendapat korang:
bala tu...
wallahualam,
...kejadian tu boleh menjadi iktibar zahir dan batin kepada semua masyarakat khususnya Umat Islam tentang kuasa Yang Maha Esa.
harap-harap di orang tu sabar je lah.. ujian Allah semata-mata. tapi kan... bukan ke tempat tu dari awal-awal lagi dah di keluarkan kenyataan oleh jabatan alam sekitar sebagai tak sesuai di diami dan tanahnya tak stabil. macam mana kerajaan negeri boleh luluskan pembinaan di kawasan bukit yang tak stabil macam tu? kan susah rakyat..
Post a Comment