Tidak adil desak kerajaan bayar kos penginapan hotel
KUALA LUMPUR: Tindakan sesetengah mangsa bencana tanah runtuh di Bukit Antarabangsa di sini mendesak kerajaan membiayai kos penginapan mereka di hotel adalah tidak adil.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T Murugiah, berkata mereka boleh menumpang di rumah saudara-mara masing-masing.
"Tidak adil untuk mereka berbuat demikian. Mereka boleh menetap dengan saudara-mara serta hentikan tindakan menghentam kerajaan dan perkara yang paling utama ialah bagi memastikan keselamatan rakyat", katanya selepas melawat tempat kejadian itu, semalam.
Murugiah berkata, beliau mendapat maklumat mengenai desakan itu yang dibuat oleh sesetengah penduduk di pusat operasi tragedi berkenaan.
Beliau juga meminta penduduk terbabit supaya tidak mendesak pihak berkuasa membenarkan mereka menetap semula di kediaman yang dikosongkan. � Bernama
..................
nape nak kerajaan tanggung bayaran hotel tu ek?
mereka nak menginap dihotel, pastu nak kerajaan sponsor lg?
sedare mare da takde ke? (tak dinafikan mybe ade yang da tinggal sehelai sepinggang)
bukan ke Kerajaan PR Selangor da bg diskaun 50% utk menginap dihotel dibawah kendalian Kerajaan Selangor, seperti Hotel De Palma tu? ok pe tu...
rase2nye rate2 penduduk kat BUKIT ANTARABANGSA tu bukan calang2 orangnye....kawasan elit lak tu...
mesti dalam bank berkepuk gak isinye....
tak elok nak emo2, kesian tengok seorang ahli DUN merangkap MP yang dimarahi oleh sorang penduduk dalam tv haritu...terkulat2 je muke beliau...
takpe, jangan risau, InsyaAllah Allah tak akan tutup rezeki para penduduk selepas kejadian tu....
0 pendapat korang:
Post a Comment