sambil-sambil menyusuri internet malam2 ni,telinga menumpukan pendengaran kepada rtm1, parlimen hari ini.
saban hari,memang boleh cam da sape2 punye suare yang selalu berkumandang dalam sidang tu,
ada yang terjerit2,
ada yang terpekik2,
ada yang menyebut "Mane Point of Order, Tuan Speaker",
ada yang menyindir-nyindir,
dan macam2 perangai la...
bende2 ni keluar dari mulut para ahli dewan, samada yang lelaki atau pun perempuan....
memang kelakar,
tp harapnye, mereka tidak lupa untuk menyampaikan hasrat suara hati rakyat yang telah memilih mereka,tak kisah la samada rakyat terpaksa memilih ke, terpaksa memberi protes ke, memberi undi peringatan ke, memberi undi PM 'to be' ke, dan lain2, kerana mereka telah pun terpilih dan akan menanggung tanggungjawab terhadap kawasan masing2.
tp memang tak salah kalo tengok rancangan parlimen hari ini, mane2 yang rase menyampah nak tengok tv kerajaan tu, tak payah la kot, sebab bg dorang, sume yang media arus perdana ni menipu je, media mereka je betul semua (kononnya....)
0 pendapat korang:
Post a Comment