Friday, October 17, 2008

TAKBIR SUCI

dua hari kebelakangan ni, sempatlah saya melayan (walaupun orang lain da lame layan kot..) trilogi drama garapan rashid sibir iaitu "Takbir Suci", bahagian satu hingga tiga, tayangan Astro Ria 104 untuk mengisi sedikit mase yang terluang dalam beberapa jam dalam dua hari ni.

tidak dapat disangkal lagi, lakonan kak engku atau KE dalam drama tu berkesan sehingga 'menyeramkan' saya yang menonton ketiga2 drama tu dalam 2 hari ni. keberkesanan lakonan itu ditambah oleh lakonan semua pelakon2 handalan yang menjadi taruhan sutradara terkenal itu, yang memang tidak mengecewakan langsung saya yang telah meluangkan masa selama dua jam untuk setiap satu episod itu.

karya yang menceritakan ketamakan seorang anak angkat terhadap harta peninggalan ibu angkatnya itu membuatkan anak itu hilang pertimbangan sebagai manusia waras untuk menggapai impiannya mewarisi harta peninggalan yang kelihatan banyak, ditambah oleh beberapa bidang tanah yang disewa dan juga hasil kutipan getah (detail ni senaraikan harta org tu..).

kelakuan tidak waras Nora yang membuatkan emak saya yang sama menonton berkata "Gile ke ape die ni?" membuatkan kami adakala tertawa terbahak2 dengan kelakuan watak yang dimainkan oleh Raja Azura sebagai Nora itu juga membuatkan kami tertanye2, pakah tindakan Nora selepas satu-satu babak berlalu...

pengakhiran setiap episod yang tidak menyebelahi Nora dek perlakuan jahatnya kepada ahli keluarga nya yang lain, membuatkan kami (emak dan saya) berasa puas dengan balasan itu. balasan pada episod ketiga drama itu, Nora telah membakar dirinya sendiri apabila dia berniat untuk menghapuskan semua ahli keluarganya yang lain dengan mencurah minyak ke rumah mereka,telah disambar api pelita yang disangka kecil,tetapi telah membakar dirinya sendiri.

itulah sedikit sebanyak ulasan saya mengenai drama itu, sememangnya ada yang menganggap pelakuan Nora itu sukar diterima akal, tetapi tidak mustahil ianya masih wujud dikalangan kecil masyarakat kita pada masa kini....

renung-renungkanlah....

disertakan episod pertama, bahagian pertama, episod seterusnya boleh didapati pada laman youtube.com ini.

Takbir Suci (Bahagian 1)

Episod Penuh Takbir Suci 1 (part to part)

0 pendapat korang: